Senin, 03 Maret 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Ustaz Azhar Idrus Memandu Secara Merbahaya

Ustaz Azhar Idrus Memandu Secara Merbahaya

Ustaz Azhar

Susulan kemalangan yang melibatkan kenderaan Volkswagen Golf GTI milik Ustaz Azhar Idrus dengan kereta Proton Iswara semalam, banyak pihak menyalahkan cara pemanduan laju dan merbahaya yang diamalkan oleh ustaz popular itu.
Menurut sumber beberapa laman blog, ramai saksi kejadian mengatakan Ustaz Azhar memandu laju dan telah melanggar lampu merah sekali gus menghentam Iswara yang sedang membuat pusingan U di Pengadang Baru, Kuala Terengganu.

UAI1

Malah, ramai pengikutnya di laman Facebook menyatakan Ustaz Azhar sememangnya seorang kaki pecut dan ada yang pernah melihat kereta kepunyaan Ustaz Azhar memecut lebih 200kmj di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

UAI2

Berikutan kemalangan itu, banyak pihak mahu Ustaz Azhar dikenakan hukuman yang setimpal dengan tabiatnya yang gemar memecut laju tanpa memikirkan keselamatan orang lain.
Buat UAI, lain kali berhati-hatilah di jalan raya, tak salah nak memecut, tapi tengoklah kesesuaian serta jangan sesekali melanggar lampu merah seperti yang dilakukannya sehingga mengakibatkan kemalangan yang tidak melibatkan sebarangan kemalangan jiwa itu. Mynewshub

Tidak ada komentar:

Posting Komentar