Rabu, 01 Januari 2014
Browse Manual »
Wiring »
50
»
berbeza
»
daripada
»
kl
»
novel
»
peratus
»
zombi
»
KL Zombi 50 Peratus Berbeza Daripada Novel
KL Zombi 50 Peratus Berbeza Daripada Novel
FILEM adaptasi daripada novel nampaknya semakin menjadi pilihan penggiat dan pencinta filem. Terbaru, novel Buku Fixi tulisan Adib Zaini dan Woo Ming Jin berjudul Zombijaya telah dibawa ke layar perak dan diberi judul baru, KL Zombi.
Diarahkan oleh penulisnya sendiri, Woo Ming Jin memilih untuk mengadaptasi Zombijaya kerana jalan ceritanya berbeza dan mempunyai moral yang tinggi di sebalik serangan zombi yang ngeri itu.
“Kami memilih Zombijaya untuk difilemkan kerana ia unik dan berbeza daripada filem zombi yang kita pernah lihat sebelum ini. Tambahan pula, idea asal filem ini datang daripada saya,” ujar Woo ketika prebiu filem ini pada Khamis.
Akui terdapat perbezaan yang agak ketara antara Zombijaya dan KL Zombi, jelas Woo, KL Zombi merupakan sebuah filem keluarga yang sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat.
“Hampir 50 peratus perbezaan antara Zombijaya dan KL Zombi. Terdapat beberapa watak dalam Zombijaya tidak dapat dibawa ke layar perak ekoran kesuntukan masa. Jika Zombijaya diadapatasi 100 peratus, filem ini pasti mengambil masa yang sangat panjang. ,” jelasnya.
Kata Pengurus Besar Grand Brilliance, Tengku Iesta Tengku Alaudin, Zombijaya difilemkan kerana setakat ini belum ada penerbit di Malaysia yang cuba mengadaptasikan novel hantu. Lagi pula, jalan cerita novel itu sendiri sudah mirip dengan filem.
“Struktur penceritaan novel Zombijaya sangat menarik. Ia begitu jelas dan sudah hampir sama dengan filem. Jadi mudah untuk mengadaptasi novel ini ke filem,” katanya.
Tambah Tengku Iesta, Zombijaya sudah mempunyai pengikutnya sendiri dan dia berharap peminat filem komedi dan pembaca Zombijaya dapat meluangkan masa menonton filem KL Zombi.
KL Zombi akan mula ditayangkan di pawagam berdekatan anda mulai 29 Ogos depan. – Gua
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar