Minggu, 02 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Apa Apa Yang Terjadi Ayang Mesti Tabah

Apa Apa Yang Terjadi Ayang Mesti Tabah



"Abang pergi bawa amanah berat, apa-apa yang terjadi, ayang mesti tabah," demikian pesanan terakhir Inspektor Zulkifli Mamat, kepada isterinya, Nor Aziah Nor, sebelum bertolak untuk menjalankan tugas di Lahad Datu, Khamis lalu.

Kata Nor Aziah lagi, ucapan itu adalah yang terakhir daripada suaminya dan tidak menyangka ia menjadi kenyataan.

Menurutnya, sebagai pegawai komando, suaminya seorang yang berani dan sanggup melaksanakan sebarang tugas mencabar.

"Saya amat sedih dengan kehilangannya, tetapi saya bangga kerana arwah memikul tugas besar menjaga maruah dan kedaulatan negara.

"Saya bersyukur jenazah suami selamat dikebumikan dan terima kasih kepada POlis Diraja Malaysia (PDRM), tentera dan jabatan lain yang bertungkus-lumus membawa pulang suami saya," katanya yang ditemui selepas majlis pengebumian di Kampung Gong Bayor, semalam.

Nor Aziah yang kini mengandung sebulan anak ketiga pulang mengiringi jenazah suaminya dengan pesawat TUDM dari Kuala Lumpur ke Pengakalan Udara Gong Kedak, semalam.

Turut serta dalam penerbangan itu dua anak lelakinya berusia lima dan setahun, pegawai serta anggota Komando 69.


sumber

Tidak ada komentar:

Posting Komentar