Selasa, 18 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » Cubaan seludup dadah gagal

Cubaan seludup dadah gagal

Rumainor (dua, kiri) menunjukkan lokasi dadah yang cuba disembunyikan dua suspek berkenaan. - Bernama

JOHOR BAHRU - Cubaan dua lelaki warga India menyeludup dadah jenis methampethamine seberat 3.334 kilogram bernilai RM633,460 melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), dekat sini, 21 Oktober lalu gagal apabila ditahan semasa pemeriksaan.

Timbalan Pengarah Kastam Johor, Rumainor Sarif berkata, pihaknya mengesyaki terdapat objek meragukan di sembunyi dalam beberapa bungkusan dalam sebuah bagasi dan beg bimbit dibawa dua lelaki berusia 24 tahun itu.

“Lebih kurang jam 3.45 petang, sepasukan anggota Kastam Unit Khas Pemeriksaan Penumpang (LTAS) mengimbas dan memeriksa sebuah bagasi berwarna hitam dan sebuah beg bimbit berwarna coklat yang dibawa dua lelaki warga India yang tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Hasil pemeriksaan awal dijalankan, pasukan mengesyaki terdapat objek meragukan disembunyikan di dalam beberapa bungkusan dalam beg-beg tersebut.

“Pemeriksaan rapi selanjutnya dibuat di hadapan kedua-dua suspek dan mendapati dalam beg bimbit berwarna coklat terdapat dua bungkusan plastik lut sinar, manakala di dalam sebuah lagi beg berwarna hitam terdapat empat bungkusan plastik keras lut sinar yang kesemuanya mengandungi ketulan kristal disyaki methampethamine,” katanya pada sidang akhbar di Menara Kastam Johor, di sini semalam.

Rumainor berkata, kedua-dua suspek ditahan reman selama 14 hari bagi membantu siasatan.

Katanya, kedua-dua lelaki terbabit disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dikenakan hukuman mati mandatori sekiranya sabit kesalahan.

Selain itu, katanya, setakat ini Jabatan Kastam Diraja Malaysia Johor telah berjaya mematahkan enam kes penyeludupan dadah melalui pintu masuk LTAS yang melibatkan rampasan dadah berjumlah 33.929 kilogram dengan nilai anggaran sebanyak RM5 juta.

“Saya menyeru orang ramai agar membantu Kastam di dalam memerangi jenayah penyeludupan khususnya melibatkan dadah dan tidak membabitkan diri dalam aktiviti terbabit,” katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar