Minggu, 15 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » Jangan pamer logo pertubuhan haram

Jangan pamer logo pertubuhan haram

Abdul Jalil menjelaskan tentang tatoo yang melambangkan ahli kongsi gelap.


KUALA LUMPUR –  Jangan pamer ikut suka hati logo yang telah diwartakan sebagai pertubuhan haram oleh kerajaan. Amaran ini dikeluarkan Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan.

Beliau berkata, polis akan bertindak tegas jika usaha mendidik dan menasihati mereka terbabit dengan cara baik gagal.

“Peringkat permulaan melalui program kepolisan masyarakat kita akan beritahu orang ramai yang memiliki atau menampal logo di kenderaan, premis atau kediaman agar menanggalkan logo itu dengan apa cara pun bagi elak ditahan polis,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

Dalam sidang media itu juga, 49 logo pertubuhan haram yang diwartakan kerajaan dipertontonkan kepada media untuk disiarkan bagi beri peringatan kepada orang ramai.

Abdul Jalil berkata, pemantauan menyeluruh juga akan dilakukan melibatkan upacara perarakan pengebumian.

“Jika ada upacara perarakan pengebumian mempamerkan logo-logo ini, kita akan minta  mereka turunkan. Jika berdegil mereka terlibat boleh ditahan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai pembabitan pelajar sekolah dengan kongsi gelap, beliau berkata, perkara berkenaan terkawal. 

Katanya, pemantauan ketat oleh PIBG, pihak sekolah serta anggota yang dilantik sebagai pegawai perhubungan sekolah berjaya menghalang cubaan merekrut pelajar menjadi ahli kongsi gelap di sekolah.

“Ibu bapa perlu peka. Jika ada tanda anak-anak mereka terjebak dengan kongsi gelap, maklumkan kepada polis supaya mudah kita beri nasihat bagaimana perkara ini boleh dihindarkan,” katanya.

Menurutnya, mereka yang terbabit dalam kongsi gelap boleh dihukum mengikut Seksyen 52 (3) Akta Pendaftaran pertubuhan 1956 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM15,000 jika sabit kesalahan.

Abdul Jalil menafikan polis mengamalkan sikap pilih kasih sepanjang Ops Cantas dilancarkan sejak 17 Ogos lalu.

“Buktinya Melayu paling ramai diperiksa, iaitu 33,900 orang, diikuti kaum Cina (17,975) dan India (18,883),” katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar