Minggu, 29 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » » Lelaki Pujuk Model Remaja Bawah Umur Jadi Pelacur

Lelaki Pujuk Model Remaja Bawah Umur Jadi Pelacur




Singapura: Seorang lelaki mendedahkan bagaimana dia memujuk seorang model remaja menjadi pelacur dengan jaminan boleh mendapat untung besar.

Akhbar Singapura melaporkan, apabila model itu bersetuju dengan cadangannya, lelaki itu menjadi pelanggan pertamanya.

Ketika mendedahkannya di mahkamah, tertuduh yang bertindak sebagai bapa ayam, menjual perkhidmatan remaja berusia 17 tahun ketika itu, 82 kali dalam tempoh enam bulan.

Tertuduh berusia 39 tahun membuat pendedahan itu ketika menjelaskan sindiket khidmat seks tempahan online kepada mahkamah.

Dia kemudian mengaku bersalah atas 20 daripada 102 tuduhan ke atasnya. Skandal seks online itu turut menyebabkan 51 lelaki, beberapa daripadanya bekas kakitangan awam, dihadapkan ke mahkamah.

Antara tuduhan termasuk mendapat pendapatan daripada hasil pelacuran selain membantu lelaki mendapatkan khidmat pelacur budak bawah umur.

Mahkamah Rendah diberitahu, tertuduh menguruskan agensi teman pengiring sosial yang memberi khidmat seks.

Disebabkan bawah umur, nama gadis itu tidak didedahkan. Di antara September 2010 dan Februari 2011, selepas mendapat 82 pelanggan, tertuduh meraih S$21,700 (RM52,080) daripada khidmat gadis itu.

Mahkamah diberitahu, tertuduh sedar gadis itu bawah 18 tahun tetapi menyuruhnya tidak memberitahu pelanggan usia sebenarnya. Agensi

Tidak ada komentar:

Posting Komentar